*Al-Maahad Al-Mahmud ditubuhkan pada hari Jumaat,29 Rabiul Awal 1355 besamaan 19 Jun 1936.
*Di beri nama Al-Maahad Al-Mahmud adalah bersempena Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah.
*Objektif penubuhan adalah bagi memenuhi kehendak dan tuntutan terhadap Agama Islam dan melahirkan generasi terpelajar dalam bidang pengajian Islam.
*Maktab Mahmud mengamalkan dua sukatan kurikulum pendidikan iaitu kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan kurikulum Agama.
*Sejarah penubuhannya pada tahun 1936 sehingga 1998 terdapat sebuah Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman iaitu Maktab Mahmud Alor star.
*Pada tahun 2004,9 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih untuk dijadikan Maktab Mahmud Daerah.
*Menjadi jumlah keseluruhannya 12 buah Maktab Mahmud daerah iaitu Alor Star,Yan,Langkawi,Pokok Sena,Padang Terap,Pendang,Sik,Merbok,Kuala Muda,Baling,Bandar Baharu dan Kulim.
*Pada tahun 1967,Maktab Mahmud telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil.5 Tahun 1967.
*Melalui Enakmen ini.pentadbiran Maktab Mahmud adalah diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud .
*Keanggotaan Lembaga adalah terdiri daripada seorang Pengerusi ,10 orang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri atas pekenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
*Bidang kuasa Lembaga meliputi perkara pentadbiran,perkhidmatan,kewangan,dan pengurusan pendidikan.
*Lembaga berkuasa membuat dasar,merancang pembangunan dan membuat keputusan berkaitan hal pentadbiran dan perkhidmatan,pengurusan kewangan,pembangunan dan pengurusan pendidikan Maktab Mahmud.
No comments:
Post a Comment